You are here:   Maklumat Setempat > Sosioekonomi
  |  Login

Sosioekonomi

   Minimize

SOSIOEKONOMI

Setiap kaum di Engkilili menjalankan aktiviti ekonomi secara berasingan mengikut kedudukan lokasi geografi dan taburan kaum. Contohnya, masyarakat Iban memilih penempatan di kaki bukit atau pedalaman dengan menjalankan kegiatan pertanian secara komersial seperti menanam padi, getah, buah-buahan dan sayur-sayuran. Mereka juga melakukan pekerjaan tradisional seperti menangkap ikan di sungai dan memburu haiwan.

Bagi yang mengusahakan tanaman secara komersial, hasil dari kebun lazimnya ia di jual terus di pekan Engkilili atau dipasarkan ke daerah Lubok Antu, Sri Aman atau pun tempat-tempat lain melalui orang tengah.

Bagi masyarakat Cina yang tinggal di kawasan pekan, mereka lebih memilih mengusahakan perniagaan sendiri seperti membuka kedai makan, kedai runcit, kedai pakaian dan sebagainya.

Di kalangan masyarakat Melayu pula, ada yang menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan utama dan tidak kurang yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Oleh kerana sektor pekerjaan di Engkilili agak terhad, ramai di kalangan generasi muda telah berhijrah dan mencari rezeki di bandar-bandar besar untuk kehidupan yang lebih baik.

 

sumber:http://telecentre.my/engkilili/index.php/ms/sosioekonomi.html